Wednesday 9 December 2009

Resipi Nasi Briyani Kambing

Bahagian 1 - Menyediakan Nasi
Bahan-bahan (A) :

10 pot beras basmati
6 kuntum bunga lawang
8 kuntum bunga cengkih
5 batang kulit kayu manis
3 helai daun pandan diikat
sedikit pewarna kuning
limau nipis



Cara-caranya :

1. Basuh beras terlebih dahulu dan sejatkan airnya.
2. Di dalam periuk lain, masak air sampai mendidih.
3. Masukkan sekali bunga lawang, cengkih dan kulit kayu manis.

4. Masukkan daun pandan.
5. Setelah mendidih, masukkan beras, dan kacau.
6. Masukkan garam secukup rasa.
7. Setelah separuh masak, tapiskan beras tadi, perah limau nipis dalam beras.




Bahagian 2 -  Menyediakan Perapan Daging Kambing

Bahan-bahan (B) :

2 kaki kambing - dipotong saiz setengah tapak tangan
10 sudu besar yogurt

Bahan-bahan (C)

2 labu bawang putih - dikisar halus
5 biji bawang besar - dikisar halus
8 inci halia - dikisar halus

Cara-caranya :
1. Kambing - diperap dengan yogurt, 1/2 bahan kisar (C) dan 2 sudu besar lada hitam.

Bahagian 3 - Menyediakan Kuah Daging Kambing






Bahan (D) 3 ikat daun ketumbar - dikisar






Bahan (E) 





20 biji cili hijau - dikisar halus


Bahan-bahan (F) :


300 gm kismis 
4 biji tomato 
5 1/2 sudu besar serbuk kari




3 paket rempah beriani (brand SHAN)


Cara-caranya :


1. Semua bahan (F) dicampur dan dikisar halus








Bahan-bahan (G) : 


1/2 cawan minyak masak





7 sudu besar minyak sapi
4 sudu besar lada hitam

Cara-caranya :







1. Panaskan minyak masak dan minyak sapi.
2. Tumiskan bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis dan pelaga.


3. Masukkan baki bahan kisar (C) dan goreng hingga garing.


4. Masukkan ketumbar yang dikisar (D).

5. Masukkan cili hijau yang dikisar halus (E).


5. Masukkan bahan (F).

6. Masukkan kambing yang diperap tadi.
7. Masak sehingga daging empuk.

8. Akhir sekali, masukkan 1 ikat daun ketumbang yang dihiris dan 2 sudu besar lada hitam.



Bahagian 4 - Melapis Nasi Dengan Daging Kambing


Bahan-bahan (H) :




Daun pasli - diracik halus
Daun pudina - diracik halus dan digoreng
Bawan merah - dimayang dan digoreng
Gajus - digoreng
Susu pekat
Susu cair


Cara-caranya :


1.Setelah daging masak, alaskan periuk nasi elektrik dengan kentang supaya tidak hangit dan melekat.


2. Lapiskan nasi dahulu.


3. Kemudian masukkan 3 hingga 4 sudu besar minyak sapi.


4. Masukkan 1/2 tin susu pekat manis.


5. Masukkan 1/2 tin susu cair.


6. Masukkan daun pasli.

7. Masukkan daun pudina.


8. Masukkan gajus yang telah digoreng.


9. Masukkan kambing yang dipotong.



11. Masukkan kuah kambing.


10. Tabur bawang goreng.


11. Masukkan nasi semula.

12. Akhir sekali, ulang semula Langkah 3 hingga Langkah 8.






13.  Masukkan juga bawang goreng.
14. Sedia untuk dimasak semula.







Tips :

a. Kalau periuk biasa, boleh dibubuh dalam oven.

b. Jika mendapati nasi masih mentah setelah dimasak, renjiskan susu segar.







Nasi Briyani Kambing sudah sedia untuk dimakan bersama Ayam Goreng Rempah berkuahkan Kurma Telur, Jelatah dan Popudum. Hemm..yummy-yummy..




Untuk semua, Selamat Mencuba!.